Oktober 2016 - Archieve

Under the hood articles from the past.

Rungkaikan kekusutan dan masalah perundangan anda

hubungi kami di talian hotline 019 273 4253 atau emailkan pertanyaan anda ke Pertanyaan

20 Oktober 2016

MAHKAMAH & BIDANGKUASANYA


BIDANG KUASA SIVIL MAHKAMAH DI MALAYSIA

Untuk sesuatu kes sivil, sebagai contohnya, seseorang boleh memulakan tindakan di Mahkamah bergantung kepada jenis kes yang ingin dibawa dan juga jumlah yang dituntut melalui Saman dan Pernyataan Tuntutan mereka.

Secara umumnya, bidang kuasa Mahkamah di Malaysia adalah seperti yang berikut:

i) MAHKAMAH MAJISTRET (SIVIL)
Untuk sesuatu tuntutan yang tidak melebihi RM100,000.00, sesuatu kes itu hendaklah difailkan di Mahkamah Majistret.

ii) MAHKAMAH SESYEN (SIVIL)
Untuk sesuatu tuntutan yang melebihi RM100,000.00 tetapi tidak melebihi RM1,000,000.00, sesuatu kes tersebut hendaklah difailkan di Mahkamah Sesyen.

iii) MAHKAMAH TINGGI (SIVIL)
Untuk sesuatu tuntutan yang melebihi RM1,000,000.00, sesuatu kes tersebut akan difailkan di Mahkamah Tinggi. Mengikut Seksyen 24 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Mahkamah Tinggi juga mempunyai kuasa khusus untuk mendengar kes-kes berkenaan dengan:

a) Perceraian
b) Undang-Undang Admiralti
c) Kebankrapan atau penggulungan syarikat
d) Perlantikan penjaga dan pengurus kewangan bagi kanak-kanak
e) Perlantikan penjaga dan pengurus kewangan bagi individu yang mempunyai masalah mental
f) Harta Pusaka

Nota Editor: Adalah penting bagi anak guam untuk memahami bidangkuasa Mahkamah ini kerana ianya mempengaruhi kadar yuran guaman yang perlu dibayar kepada Peguam.

Untuk sebarang pernyataan, sila hubungi kaabackup@gmail.com