Disember 2019 - Archieve

Under the hood articles from the past.

Rungkaikan kekusutan dan masalah perundangan anda

hubungi kami di talian hotline 019 273 4253 atau emailkan pertanyaan anda ke Pertanyaan

16 Disember 2019

MELANTIK PEGUAM KES KEMALANGAN JALAN RAYA



Kemalangan jalan raya adalah sesuatu yang tidak diingini oleh sesiapa pun. Namun tahukah anda bahawa sekiranya anda terlibat di dalam suatu kemalangan jalan raya, anda mempunyai hak untuk membuat tuntutan di Mahkamah terhadap pelaku yang terlibat? Anda boleh menggunakan khidmat peguam untuk membantu membuat tuntutan tersebut.

Samada untuk menuntut gantirugi akibat kecederaan yang dialami ataupun untuk menuntut gantirugi kerosakan pada kenderaan, anda sebenarnya mempunyai hak untuk memfailkan saman di Mahkamah terhadap individu yang memandu atau pemilik kenderaan yang menyebabkan kemalangan tersebut. Ini termasuklah hak waris untuk memfailkan saman untuk menuntut pampasan di atas kematian. 

Selalunya pihak peguam  yang akan mewakili seseorang Defendan didalam sesuatu kes kemalangan adalah peguam yang dilantik oleh pihak insuran. Pastikan anda mendapatkan peguam kemalangan yang baik dan berpengalaman kerana terdapat dokumen-dokumen yang khusus yang perlu dirujuk didalam sesuatu kes kemalangan. 

Terdapat beberapa langkah yang sangat penting yang perlu anda ataupun waris anda lakukan sebelum sesuatu tuntutan saman untuk kemalangan yang melibatkan kecederaan/kematian tersebut dibuat. 

1. Anda perlu mendapatkan rawatan di Hospital. Pihak Hospital seterusnya akan mengeluarkan Laporan Perubatan. Laporan Perubatan ini akan digunakan sebagai asas kepada tuntutan saman anda.

2. Anda atau ahli keluarga perlu membuat laporan polis berkenaan dengan kemalangan tersebut. Salinan laporan polis ataupun kertas siasatan kemalangan tersebut juga akan memainkan peranan yang sangat penting didalam tuntutan saman anda.

3. Nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat. Keperluan maklumat ini adalah bagi membolehkan peguam mendapatkan maklumat berkenaan pemilik kenderaan dan juga perlindungan insuran yang digunakan. 

4. Sediakan juga slip gaji. Dokumen ini bagi membolehkan Mahkamah membuat pengiraan berapakah amaun pampasan yang wajar dan yang berhak kepada anda.

5. Senarai tanggungan.

Senarai diatas bukanlah suatu senarai muktamad. Ianya hanya dokumen-dokumen utama yang diperlukan sebelum peguam boleh menderaf dan memfailkan saman bagi pihak anda. Yang paling penting, anda ataupun ahli keluarga perlu mendapatkan nasihat daripada peguam dengan sewajarnya sebelum memulakan apa-apa tindakan.

Bagi kes-kes kemalamangan yang melibatkan kecederaan serius dan kehilangan nyawa, hubungi 019 273 4253 untuk mendapatkan quotation bagi perkhidmatan guaman kami.