Kemalangan jalan raya adalah sesuatu yang tidak diingini oleh sesiapa pun. Namun tahukah anda bahawa sekiranya anda terlibat di dalam suatu kemalangan jalan raya, anda mempunyai hak untuk membuat tuntutan di Mahkamah terhadap pelaku yang terlibat? Anda boleh menggunakan khidmat peguam untuk membantu membuat tuntutan tersebut.
Samada untuk menuntut gantirugi akibat kecederaan yang dialami ataupun untuk menuntut gantirugi kerosakan pada kenderaan, anda sebenarnya mempunyai hak untuk memfailkan saman di Mahkamah terhadap individu yang memandu atau pemilik kenderaan yang menyebabkan kemalangan tersebut. Ini termasuklah hak waris untuk memfailkan saman untuk menuntut pampasan di atas kematian.
Selalunya pihak peguam yang akan mewakili seseorang Defendan didalam sesuatu kes kemalangan adalah peguam yang dilantik oleh pihak insuran. Pastikan anda mendapatkan peguam kemalangan yang baik dan berpengalaman kerana terdapat dokumen-dokumen yang khusus yang perlu dirujuk didalam sesuatu kes kemalangan.
Terdapat beberapa langkah yang sangat penting yang perlu anda ataupun waris anda lakukan sebelum sesuatu tuntutan saman untuk kemalangan yang melibatkan kecederaan/kematian tersebut dibuat.
1. Anda perlu mendapatkan rawatan di Hospital. Pihak Hospital seterusnya akan mengeluarkan Laporan Perubatan. Laporan Perubatan ini akan digunakan sebagai asas kepada tuntutan saman anda.
2. Anda atau ahli keluarga perlu membuat laporan polis berkenaan dengan kemalangan tersebut. Salinan laporan polis ataupun kertas siasatan kemalangan tersebut juga akan memainkan peranan yang sangat penting didalam tuntutan saman anda.
3. Nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat. Keperluan maklumat ini adalah bagi membolehkan peguam mendapatkan maklumat berkenaan pemilik kenderaan dan juga perlindungan insuran yang digunakan.
4. Sediakan juga slip gaji. Dokumen ini bagi membolehkan Mahkamah membuat pengiraan berapakah amaun pampasan yang wajar dan yang berhak kepada anda.
5. Senarai tanggungan.
Senarai diatas bukanlah suatu senarai muktamad. Ianya hanya dokumen-dokumen utama yang diperlukan sebelum peguam boleh menderaf dan memfailkan saman bagi pihak anda. Yang paling penting, anda ataupun ahli keluarga perlu mendapatkan nasihat daripada peguam dengan sewajarnya sebelum memulakan apa-apa tindakan.
Bagi kes-kes kemalamangan yang melibatkan kecederaan serius dan kehilangan nyawa, hubungi 019 273 4253 untuk mendapatkan quotation bagi perkhidmatan guaman kami.
Salam, nak tnya. Adakah kbrangkalian pihak guaman, telah menerima pampasan, dan tidak dberikan kepda defendan? Sebab dah pihak guaman menyepi. Dan hanya brkata, akan memaklumkan apabila selesai?
BalasPadamDapatkan status kes di Mahkamah, samada masih berjalan ataupun sudah tamat dan yang paling penting encik perlu dapatkan penjelasan secara bertulis daripada pihak peguam berkenaan dengan status kes encik.
PadamTuan, pd 03072020 jam 19:00 ketika Saya & isteri dlm perjalanan dr Pasir Gudang ke bandar Kluang utk temujanji dgn pelanggan. Hampir sampai di bandar Kluang. Sebuah kereta lain melanggar kereta saya dari arah sisi kiri belakang. Menurut saksi & rakaman vidio dari kereta saya, pemandu berkenaan memandu laju.
BalasPadamKereta yg melanggar saya tidak mempunyai perlindungan insuran & cukai jalan tamat tempoh 3 tahun lalu. Saya tidak boleh membuat tuntutan insuran kereta yg melanggar saya. Saya ingin membawa perkara ini ke mahkamah dgn tuntutan RM10, 000.
Saya ingin tahu kos utk melantik peguam & fee mahkamah.
Boleh hubungi kami di 011-2541 6917 (cik Fateha)
Padampd 27.12.2019 anak sya mohd nil rifhan bin mohd rashid berusia 21 thn telah d langgar oleh sebuah lori ketika sedang berjalan kaki...tetapi dlm report polis yg d buat pemandu lori menyatakan anak sya meluru ke jalan raya dan dia tak sengaja terlanggar anak sya..setelah 3 hari jenazah anak dlm bilik mayat d hsptl serdang br sya dpt tahu...sehingga kini pemanduyg melanggar trs berdiam diri dan menukar nombor telepon..sya ada pwrgi ke alamat rumahnya tetapi sya d maki mahun...sehingga kini sya masih tak dpt tidur krn trs terbayang2 arwah anak..adalah peguam yg dpt membantu sya dlm masalah ini...sya berasal dr sabah..bnyk kos telah sya pakai sehingga berhutang sana sini untuk membwk jenazah ank untuk d kebumikan d kmpng halaman...
BalasPadamBoleh. Sekiranya kemalangan berlaku di Sabah, kami sarankan tuan/puan melantik peguam berdekatan.
PadamAssalamualaikum, sekadar bertanya..pada 9 july sy terlangar seorg pemandu motosikal warganengara banglar yg tiba2 membelok tampa memberi signal.. Dan sekarag sy masih d hospital esok baru keluar dari wad.. Sy nak bertanya d sini macamana untuk sy tuntuk klim..dengan banglar tu.. Sy ada saksi yg nampak banglar tu tiba2 membelok..
BalasPadamBuat laporan polis. Pastikan puan mendapat nombor plate kenderaan. dan hubungi kami 011-2541 6917 (cik Fateha)
Padamassalamualaikum perkara ini baru sahaja berlaku seminggu yg lalu anak saya berumur 6 tahun di langgar kereta ketika melintas jalan untuk ke taman permainan dan di atas garisan kuning berdekatan sekolah agama skrg masih lagi di hospital menerima rawatan untuk pankreas, hati dan paru2 mungkin akan buat pembedahan
BalasPadamperlukah untuk saya lantik peguam untuk kes anak saya minta pendapat dan nasihat
Wasalam. Buat laporan polis dan hubungi kami 011-2541 6917 (cik Fateha).
PadamJangan abaikan arahan ke Mahkamah. Disarankan untuk ke Mahkamah dengan membawa apa-apa dokumen untuk menunjukkan kenderaan tidak terlibat. Sekali lagi, jangan abaikan arahan ke Mahkamah.
BalasPadamSalam. Pernah kemalangan bulan 10/19. Kes baru selesai baru² ni. Agen jumpa di balai polis. Dia tawarkan diri utk urus. Katanya wakil satu lawyer firm. Kos guaman dimaklumkan 25%. Kos² lain tidak dijelaskan. Sangkaan saya dh termasuk dlm 25%. Sebaiknya tuan² yg eksiden dn boleh fight dapatkn salinan dokumen yg tuan² sign dgn egen. Jumpa lawyer baru² ni kata xde lantik sapa² jd agen. Pelik². Habis tu awak dh kes saya dr mana?
BalasPadamUtk makluman tuan, 25% ni market rate kata lawyer. Kos tambahan xtermasuk. Dapatkn laporan² hospital, laporan balai polis, rawatan lanjutan di klinik, kos turun naik court, ini semua kos tambahan, tuan² kena bayar sendiri atau tolak tuntutan nanti. Akhirnya, hampir² 50% kos bayar lawyer.
Bergantung kepada budibucara pihak tuan dan peguam.
PadamSaya ada kemuskilan dan ingin tahu adakah kita sebagai penuntut insuran kemalang tidak diberitahu jumlah tuntutan oleh peguam yg dilantik.... Kerana sy ada brtanya pada peguam yg sy lantik berapa tuntutan yg dibuat atas kes sy... Jawapan peguam sy tidak tahu.... Disini sy rasa pelik sy menuntut tetapi tak tahu berapa yg dituntut..
BalasPadamBantu saya atas kemuskilan ini...
BalasPadamassalamualaikum.. saya ingin bertanya.. saya akn naik mahkamah pd awal bln 10 ni atas kesalahan tidak dpat kawal kenderaan kereta dimana saya telah berlanggar dengan motosikal dan org yang dilanggar itu telah dimasukkan ke hospital. dan semuanya telah ditanggung oleh pihak insurans saya. n sekarang pihak insurans saya telah melantik peguam dan saya pula telah dikenakan kompaun sebanyak rm300 dari pihak polis atas kesalahan saya melanggar kenderaan motokar itu. dan saya ingin tahu, adakah saya akan dikenakan lagi kompaun semasa perbicaraan kes sy dimahkamah ataupun tak..? dan kalau ya saya akan dikompaun semaksimum berapa ya.? boleh tolong saya.??
BalasPadamkalau dah kena kompaun sudah tak perlu bayar kompaun lagi.
PadamSalam.. saya nak tanya.. saya akan ke mahkamah pada awal oktober 2020.. saya ada terlibat kemalangan pada awal Disember 2019.. saya membawa motokar manakala mangsa membawa motosikal.. saya telah membuat laporan polis bagi makluman kejadian.. dan telah dikompaun oleh pihak berkuasa.. dan pada tarikh yang sama.. saya juga telah menghantar kenderaan saya ke bengkel untuk dibaiki.. dan setelah sebulan berlalu.. saya menerima surat dari pihak insurans berkenaan claim insurans baiki kenderaan.. tapi hanya baiki kenderaan saya dan tiada claim dari pihak mangsa.. sehinggalah pada tarikh 14 September 2020.. saya menerima surat saman peguam dari pihak mangsa bagi menuntut ganti rugi dan kos sebagainya.. sedangkan saya tidak dimaklumkan sebarang makluman dari pihak keluarga mangsa.. selama hampir setahun ni, tiba2 mangsa meminta ganti rugi.. kenapa semasa kejadian beliau tidak berbuat demikian.. adakah saya patut melantik peguam juga atau macam mana.. sebab saya tidak lari dan pihak keluarga mangsa juga ada nombor telefon saya tapi tidak menghubungi saya..
BalasPadamMereka boleh mengambil tindakan saman. Hubungi pihak insuran tuan.
Padamsalam saya ingin bertanya mengenau situasi yg berlaku ke atas sya.Pada 24/9/20 kereta sya telah d pinjam oleh rakan sekerja sya dan dia telah d langgar oleh kereta lain myebabkan kereta sya mgalami kerosakan truk total lose dan kawan sya mgalami kcederaan truk sperti patah rusuk dan pinggang.dalam kes ini apa yg perlu sya buat?tuntutan sperti ganti rugi keatas kenderaan dan kos toing sya perlu rujuk n minta dengan siapa?sila bantu sya
BalasPadamMacam wife sy excden baru2 ini..langgar dari belakang..sehingga patah bahu dan kaki berlubang jahit 4jarum didalam dan 4jarum di luar..
BalasPadamWife sy masa tu tengah tggu lampu isyarat..tiba2 ada sebiji kereta melanggar dari belakang..
Kalau ada lowyer fight kes ni berapa RM wife sy boleh dpt ya?
Tetapi wife sy cuma tiada lesen dan roadtax.
Sy sudah dapat lawyer utk kes ni..tp masa dorang dtg rumah sy dorang ada cakap kalau perlukan advance dulu boleh bagitahu..bila sy bagitahu mcm2 alasan.. Sya pun tak tahu skrg tgh tggu apa sbb pihak lawyer takda call apa smua.. Boleh ke kalau sya nak tukar lawyer utk kes sya ni?
Macam wife sy excden baru2 ini..langgar dari belakang..sehingga patah bahu dan kaki berlubang jahit 4jarum didalam dan 4jarum di luar..
BalasPadamWife sy masa tu tengah tggu lampu isyarat..tiba2 ada sebiji kereta melanggar dari belakang..
Kalau ada lowyer fight kes ni berapa RM wife sy boleh dpt ya?
Tetapi wife sy cuma tiada lesen dan roadtax.
Sy sudah dapat lawyer utk kes ni..tp masa dorang dtg rumah sy dorang ada cakap kalau perlukan advance dulu boleh bagitahu..bila sy bagitahu mcm2 alasan.. Sya pun tak tahu skrg tgh tggu apa sbb pihak lawyer takda call apa smua.. Boleh ke kalau sya nak tukar lawyer utk kes sya ni?
salam . boleh ke tuka lowyer
BalasPadamsy tak buat repot lagi tp sybtak thu kereta tu dh buat repot ke belum sbb sy dan kwn. sy masih lagi dihospital
BalasPadamassalamualaikum,semalam saya telah mendapat kan jumlah pampasan dari pihak insuran lawan, berapa lama proses untuk kita dapat amount tu kat saya?
BalasPadamSlotyro Casinos - Mapyro
BalasPadamBest 수원 출장안마 Slotyro Casino in Canada 2021 – Claim Your 100% Welcome Bonus up to CA$1600 Slotyro Casino is owned by the 안성 출장샵 Gaming Technologies, 안동 출장샵 Limited (AGS) Rating: 김천 출장샵 4.5 광주 출장마사지 · 947 reviews
Baru baru kereta proton wira abg saya bersama isterinya telah berlaku kemalangan bertembung dgn sebuah lori 2tan dan kereta
BalasPadamHonda CRV juga terbabit akibat perlanggar itu setelah disiasat anggota polis mengesahkan kecuaian pemandu lori telah merempuh kereta wira yg dipandu abang saya akibat dari pelanggaran itu abang saya telah cedera teruk patah tangan kiri dan tulang pinggul telah dikejar ke hospital bersama isterinya
.Disini saya ingin melantik seorang peguam yang berpengalaman dlm kes ini.
Salam tuan, saya di Pulau Pinang. ada wakil tak bole saya hubungi?
BalasPadamsalam nak tanya andai kata kita bawa motor dan eksiden tapi tiada lesen motor boleh ke kita claim insuran kereta atas kecenderaan atau tidak boleh?
BalasPadamAsalamualaikum,
BalasPadamNak tanya, Sya eksiden pada tahun 2019, Sya hanya penunggang motosikal, kereta telah langgar Sya, dan pada masa
Tu saya dimasukkan ke hospital kerana keritikal kerana melibatkan jantung,
Kesan daripada eksiden tu,
Sya dipihak yg benar, laporan polis dah dibuat, surat perubatan hospital pun dah buat bagi semua kepada peguam, dah
Buat kerja semua , cuma, pampasan insurans tk DPT lg,
Kerana nombor telefon pihak peguam tu telah hilang, adakah pampasan insurans tu boleh cek dimana mana cawangan syarikat insurans,,