September 2019 - Archieve

Under the hood articles from the past.

Rungkaikan kekusutan dan masalah perundangan anda

hubungi kami di talian hotline 019 273 4253 atau emailkan pertanyaan anda ke Pertanyaan

03 September 2019

PERIHAL PEMBUANGAN PEKERJA: APA ITU SALAH LAKU?


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SALAH LAKU (MISCONDUCT) DIDALAM PERKHIDMATAN ATAU PEKERJAAN YANG MEMBOLEHKAN PEKERJA DIBUANG KERJA?

1. Sekiranya anda adalah seorang pekerja, maka senarai ini boleh membantu anda mengenal pasti salah laku yang perlu dielakkan. Sekiranya anda adalah seorang majikan atau mempunyai syarikat, maka senarai ini boleh membantu anda untuk membuat keputusan sebelum mengambil apa-apa tindakan terhadap pekerja-pekerja anda.

2. Didalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967, undang-undang tidak memberikan definisi yang khusus terhadap apa yang dimaksudkan sebagai Salahlaku (misconduct). Namun definisi salahlaku telah diteroka dengan mendalam oleh pelbagai kes-kes di Mahkamah Perusahaan. 

3. Sebagai rujukan, disini disenaraikan secara ringkas diantara perlakuan-perlakuan yang boleh didefiniskan sebagai Salahlaku yang seterusnya membolehkan Majikan mengambil tindakan terhadap pekerja-pekerjanya. 


  • (a) Ketidakpatuhan yang disengajakan (willful insubordination), samada secara bersendirian mahupun berkumpulan, terhadap arahan-arahan majikan yang sah dan munasabah;
  • (b) Terlibat didalam kes curi, penipuan dan ketidakjujuran berkaitan dengan urusniaga dan hartabenda Majikan;
  • (c) Membuat kerosakan secara sengaja terhadap hartabenda Majikan;
  • (d) Memberi atau menerima rasuah;
  • (e) Tidak menghadirkan diri ke tempat kerja tanpa kebenaran secara berterusan;
  • (f) Gagal menghadirkan diri ke tempat kerja pada waktu yang ditetapkan secara berterusan;
  • (g) Melanggar peraturan yang berkaitan dengan tempat kerja secara berterusan;
  • (h) Berkelakuan tidak sopan sewaktu didalam tempoh waktu bekerja;
  • (i) Lalai didalam menjalankan kerja secara berterusan;

4. Di atas adalah beberapa perlakuan-perlakuan yang boleh menyebabkan seseorang pekerja dikenakan dengan tindakan oleh Majikan. Senarai tersebut pastinya bukan muktamad namun ianya seharusnya cukup sekadar menjadi garis panduan kepada Majikan dan Pekerja.

5. Sekiranya anda telah di buang kerja dan anda merasakan anda dibuang tanpa alasan yang munasabah dan tidak melibatkan salah laku salah laku di atas, anda boleh hubungi kami untuk maklumat berkenaan tindakan lanjut.