Rungkaikan kekusutan dan masalah perundangan anda

hubungi kami di talian hotline 019 273 4253 atau emailkan pertanyaan anda ke Pertanyaan

03 September 2019

PERIHAL PEMBUANGAN PEKERJA: APA ITU SALAH LAKU?


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SALAH LAKU (MISCONDUCT) DIDALAM PERKHIDMATAN ATAU PEKERJAAN YANG MEMBOLEHKAN PEKERJA DIBUANG KERJA?

1. Sekiranya anda adalah seorang pekerja, maka senarai ini boleh membantu anda mengenal pasti salah laku yang perlu dielakkan. Sekiranya anda adalah seorang majikan atau mempunyai syarikat, maka senarai ini boleh membantu anda untuk membuat keputusan sebelum mengambil apa-apa tindakan terhadap pekerja-pekerja anda.

2. Didalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967, undang-undang tidak memberikan definisi yang khusus terhadap apa yang dimaksudkan sebagai Salahlaku (misconduct). Namun definisi salahlaku telah diteroka dengan mendalam oleh pelbagai kes-kes di Mahkamah Perusahaan. 

3. Sebagai rujukan, disini disenaraikan secara ringkas diantara perlakuan-perlakuan yang boleh didefiniskan sebagai Salahlaku yang seterusnya membolehkan Majikan mengambil tindakan terhadap pekerja-pekerjanya. 


  • (a) Ketidakpatuhan yang disengajakan (willful insubordination), samada secara bersendirian mahupun berkumpulan, terhadap arahan-arahan majikan yang sah dan munasabah;
  • (b) Terlibat didalam kes curi, penipuan dan ketidakjujuran berkaitan dengan urusniaga dan hartabenda Majikan;
  • (c) Membuat kerosakan secara sengaja terhadap hartabenda Majikan;
  • (d) Memberi atau menerima rasuah;
  • (e) Tidak menghadirkan diri ke tempat kerja tanpa kebenaran secara berterusan;
  • (f) Gagal menghadirkan diri ke tempat kerja pada waktu yang ditetapkan secara berterusan;
  • (g) Melanggar peraturan yang berkaitan dengan tempat kerja secara berterusan;
  • (h) Berkelakuan tidak sopan sewaktu didalam tempoh waktu bekerja;
  • (i) Lalai didalam menjalankan kerja secara berterusan;

4. Di atas adalah beberapa perlakuan-perlakuan yang boleh menyebabkan seseorang pekerja dikenakan dengan tindakan oleh Majikan. Senarai tersebut pastinya bukan muktamad namun ianya seharusnya cukup sekadar menjadi garis panduan kepada Majikan dan Pekerja.

5. Sekiranya anda telah di buang kerja dan anda merasakan anda dibuang tanpa alasan yang munasabah dan tidak melibatkan salah laku salah laku di atas, anda boleh hubungi kami untuk maklumat berkenaan tindakan lanjut.

PEGUAM KAA

Editor & Penulis

Barisan para peguam Khalek Awang & Associates mempunyai pengalaman 10 ke 15 tahun didalam mengendalikan pelbagai kes di pelbagai Mahkamah. Hubungi 019 273 4253 untuk sebarang penetapan temujanji.

27 Pertanyaan:

  1. Apakah boleh saya lakukan jika majikan amalkan ketidaksamarataan.. Contoh, staff yg bekerja dipulau diberi makan dan tempat tinggal secara percuma dan kami staff yg berada di main land tiada ape2 elaun lngsng..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ianya bergantung kepada kandungan Perjanjian Perkhidmatan yang ditandatangani.

      Padam
  2. Saya diberhentikan kerja tanpa notis dalam masa 24 jam..alasan majikan sindir menyindir dengan kawan tak dibenarkan..apa patut saya buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekiranya cik tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut maka cik boleh merujuk kes cik ke Jabatan Tenaga Kerja.

      Padam
  3. Sekiranya majikan mewajibkan staff staff kerja overtime tanpa bayaran dengan alasan sebabnya Covid19 and tiada collection dari customer, apakah saya patut buat and bagaimanakah buat aduan di Jabatan Tenaga Kerja tanpa memberi apa-apa identiti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laporan setahu kami tidak boleh dibuat secara anonymous.

      Padam
  4. Saya bagi pihak majikan, telah menghubungi pekerja kami yang dalam cuti tanpa gaji selama 3 bulan untuk masuk lapor diri pada tarikh yang akan diberitahu kelak, Namun demikian stelah kami menghubungi beliau untuk panggilan lapor diri untuk kali ke 2 melalui emali, wasub tidak dijawab dan seterusnya malalui telefon namun tidak dapat dihubungi. surat tunjuk sebab telah dikeluarkan dan dikirim melalui AR register ke alamat yang diberikan beliau mengikut resume namun tidak dibalas dan surat tersebut dikembalikan ke syarikat tanda tiada penerima.
    Soalan saya disini adakah beliau dianggap self termination berdasarkan kesalahan no show dan no call dari beliau.

    Adakah saya perlu kemukakan surat mengatakan yang beliau telah menamatkan sendiri penamatan beliau melalui pelanggaran mengikut akta buruh dan bagaimana jika syarikat ingin membuat tuntutan harta milik syarikat yang telah diberikan kepada beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan/Puan perlu merujuk kepada Perjanjian Perkhidmatan dan merujuk klausa yang merujuk kepada keadaan di mana Perjanjian Perkhidmatan boleh di tamatkan, termasuklah isu self-termination. Tuntutan harta milik syarikat boleh dilakukan melalui tuntutan sivil.

      Padam
  5. Apakah ada peruntukan sekiranya seseorang pekerja itu dikenakan Performance Improvement Plan dan majikan memutuskan yang pekerja tersebut tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan, pekerja itu hanya mempunyai pilihan diberhentikan oleh majikan atau berhenti kerja secara sukarela?

    Sekiranya pekerja tersebut meminta majikan memberi peluang untuk ditukarkan ke jawatan yang lain, perlukah majikan memberi peluang tersebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu rujuk kepada Perjanjian Perkhidmatan dan SOP syarikat. Permohonan penukaran jawatan tertakluk kepada budibicara Syarikat.

      Padam
  6. Bagaimana jika staf perempuan telah diganggu oleh staf lelaki yang menghantar whatsapp berunsur lucah seperti menyuruh staf perempuan transfer duit beli ke akaun pihak ke-3 untuk membeli sex toy, memberi komen mengenai susuk badan staf perempuan tersebut dan berbicara mengenai sex position. Kesemua dinyatakan di dalam whatsapp (bukti). HR telah mengambil tindakan & menghantar surat tunjuk sebab ke atas staf lelaki tersebut, tetapi staf lelaki itu telah mengganggu staf perempuan itu dengan alasan mahu meminta resit bukti transfer. Staf lelaki juga telah cuba menjatuhkan reputasi staf perempuan dengan memberi amaran kepada superior staf perempuan tersebut untuk berhati-hati atas alasan staf perempuan itu mahu naik gaji. Bagaimana dengan kes sebegini Tuan/Puan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh membuat laporan polis untuk sexual harassment

      Padam
  7. Salam tuan, sekiranya pekerja telah cuai yang mengakibatkan kerosakan pada harta benda syarikat, bolehkan majikan menuntut gantian kerosakan daripada pekerja melalui potongan gaji? Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh, tetapi mesti mesngikut prosedur yang tertentu. boleh hubungi Peguam 0162121202

      Padam
  8. Sekiranya ianya diakui dan dipersetujui dan satu siasatan terperinci telah dibuat melalui proses siasatan dalaman, maka boleh.

    BalasPadam
  9. saya nak tanya sekiranya saya ada pekerja yang bermasalah dimana pekerja tersebut kerap mengambil MC sehingga melebihi kuota yang diberi. surat pengesahan kesihatan telah dibuat namun masih belum mendapat sebarang respons, showcause juga telah dikeluarkan kerana tiada maklumbalas dari pekerja tersebut. Apakah tindakan yang sewajarnya boleh saya berikan? sekiranya saya bertanya mengenai status pengesahan kesihatan pekerja tersebut akan mengambil inisiatif MC ke esokkan harinya ataupun akan masuk separuh hari sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada asas untuk Tuan memecat kakitangan tersebut tetapi melalui presedur yang ditetapkan oleh undanf undang. boleh hubungi peguam di 0162121202

      Padam
  10. Bolehkah saya dikenakan tindakan cuti tanpa gaji atas alasan tatatertib yang tidak saya ketahui. Tiada sebarang notis dari pihak majikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. tidak boleh. Pihak Majikan telah melakukan satu kesalahan.

      Padam
  11. Minta pendapat KAALawyers mengenai senario berikut : Pekerja dibuang kerja kerana "salahlaku" oleh kerana gagal memberitahu department head mengenai pembelian alat untuk digunakan di tempat kerja, dimana tiada didalam SOP kerja syarikat yg mengatakan pekerja perlu memberitahu majikan mengenai apa2 pembelian barangan untuk tempat kerja, semasa pekerja tersebut kena DI, SOP berkenaan telah ditukar ke SOP baharu oleh kerana situasi diatas dan majikan berpendapat SOP lama tidak specific dan lemah. Akan tetapi majikan tersebut tetap menamatkan perkhidmatan pekerja tersebut dan telah memotong gaji pekerja untuk membayar semula pembelian barangan tempat kerja tersebut.

    BalasPadam
  12. Saya diberhentikan serta merta dengan alasan mengeluarkan aset syarikat tanpa kebenran.tapi bukan mencuri.saye dah pulangkan dlm keadaan baik .saye di buang kerja 3@4 hari sebelum hari raya puasa tahun2021.

    BalasPadam
  13. majikan memberhentikan saya dengan notis 24 jam atas alasan membocorkan maklumat syarikat. tetapi apabila ditanya maklumat apa yang saya bocorkan majikan tidak memberitahu dan menyatakan akan saman saya atas sebab tersebut

    BalasPadam
  14. sy telah diarah utk meninggal kwsn kerja atas alasan 'panas baran' dan mencampak alatan kerja. Pada masa kejadian ada rakan sekerja yg mengunakn bahasa yg kurang menyenangkn, dan sy tkesan dgn kata-kata tersebut menjadi tegang dan mlakukan kerja dengan kasar.

    BalasPadam
  15. Sy nk tanya.sy dan 3 orang rakan sekerja diberhentikan kerja kerana salah laku dan majikan sudahpun memberi surat frst warning later..dan kali kedua terus dapat notis termination servis..namun sy dan rakan kesalahan yg sama dan menerima first warning later n second ditermination..tetapi atas alasan berlainan..notis saya diberhentikan kerana bermasalah,dan rakan yg sama kesalahan pula alasan sebab peguragan pekerja dalam musim pendamik covid 19 dan majikan membuat permohonan tuntutan pekeso untuk rakan sy atas alasan diberhentikan berlain.TETAPI KESALAHAN ATTENDANCE YG SAMA.adakah majikan berlaku adil?

    BalasPadam
  16. Nak tanya sikit kalau saya baru bekerja then kena buang sebab salah laku adakah saya layak mendapat gaji baki sebelum dibuang kerja?

    BalasPadam
  17. Kawan saya dipecat kerja atas kecurian...apa perlu dia lakukan jika dibuang kerja terlibat kes kecurian di tempat kerja tanpa memberi sebarang amaran dan peluang untuk tidak melakukannya lagi kepada pekerja... Boleh berikan contoh atau alasan untuk membela dirinya dalam kes kecurian tanpa memberi sebarang amaran kepada pekerja...

    BalasPadam
  18. Saya Ade soalan untuk diajukan.suami sy telah dibuang kerja kerana telah dianiaya Dan DIFITNAH oleh RAKAN sekerja dimana yg tukang fitnah mengatakan berlaku sexual harassment.tetapi tiada bukti Dan saksi.mengikut report polis tiada mengatakan Ade berlaku jenayah (NFA).polis mengatakan report dibuat semata2 kerana ketidakpuasan bekerja.ape yg boleh Saya buat.kami tidak berpuashati dengan pembuangan kerja kerana majikan tidak menyatakan husband bersalah.

    BalasPadam