September 2020 - Archieve

Under the hood articles from the past.

Rungkaikan kekusutan dan masalah perundangan anda

hubungi kami di talian hotline 019 273 4253 atau emailkan pertanyaan anda ke Pertanyaan

02 September 2020

TUNTUTAN CIPAA - PROSES ADJUDIKASI DIBAWAH AKTA PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN 2012

peguam pembinaan dan kontrak, CIPAA 2012

APA ITU CIPAA DAN PROSES TUNTUTAN DI BAWAH CIPAA?MEMAHAMI PROSES ADJUDIKASI DI BAWAH AKTA PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN 2012 (CIPAA 2012). 

1. Apa itu CIPAA? Dan apakah proses tuntutan melalui CIPAA? Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (Construction Industri Payment and Adjudication 2012) atau lebih dikenali sebagai CIPAA 2012 yang berkuat kuasa pada 15.4.2014, telah diperkenalkan oleh Parlimen sebagai salah satu platform alternatif bagi menyelesaikan pertikaian (Alternative Dispute Resolution) di dalam indutsri pembinaan dan kerja kontrak berdasarkan Perjanjian yang telah dimeterai. Tuntutan melalui CIPAA ini turut bertujuan untuk membantu masalah cash flow yang seringkali dihadapi oleh firma-firma industri disebabkan oleh pertikaian pembayaran (payment disputes). 

2. Ianya adalah prosedur yang lebih mudah, cepat, efisien dan efektif bagi menyelesaikan sebarang pertikaian yang melibatkan pembayaran untuk kerja kontrak (contractual work done), pembekalan bahan (material supply) dan perkhidmatan (services rendered) yang telah disempurnakan di antara firma-firma yang terlibat di dalam industri pembinaan dan kontraktor. Walau bagaimana pun, ianya bersifat terus (summary) dan tidak melibatkan keperluan untuk mendapatkan keterangan saksi melainkan sekiranya difikirkan perlu oleh adjudikator. 

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi kami untuk sebarang maklumat lanjut serta rencana yang lebih mendalam tentang tuntutan CIPAA.