Rungkaikan kekusutan dan masalah perundangan anda

hubungi kami di talian hotline 019 273 4253 atau emailkan pertanyaan anda ke Pertanyaan

07 Mac 2019

PERIHAL YURAN GUAMAN PEGUAM.


KERJA GUAMAN YANG SETIMPAL DENGAN BAYARAN?

Kadang-kadang, sebagai seorang lay-person, anak guam tidak mempunyai begitu banyak maklumat berkenaan dengan tatacara kerja di belakang tabir firma seseorang peguam. Anak guam hanya menilai berdasarkan dokumen yang dibekalkan kepada mereka dan juga kehadiran peguam di Mahkamah bagi pihak anak guam.

Namun untuk menjalankan tugas sebagai seorang peguam yang baik bukanlah mudah. Walaupun dokumen yang disediakan oleh seseorang peguam bagi pihak anak guamnya hanya setebal 10 atau 15 muka surat, keringat yang diperah untuk menyediakan dokumen-dokumen ini bukanlah semudah yang dijangka ataupun seperti yang ditonjolkan di kaca TV.

Sebelum menyediakan sesuatu saman sivil, sebagai contohnya, seorang peguam perlu menentukan samada anak guamnya mempunyai kausa tindakan ataupun tidak. Kausa tindakan, secara mudahnya adalah alasan untuk menyaman yang diiktiraf oleh undang-undang. Hanya untuk menentukan persoalan ini sahaja seorang peguam perlu membelek setiap helaian dokumen-dokumen yang dibekalkan oleh anak guam beliau. 

Beliau juga perlu membuka akta-akta dan buku-buku teks undang-undang yang tebal dan perlu melihat laporan berpuluh-puluh kes terdahulu (reported cases) yang setiap satunya boleh senipis satu muka surat dan boleh juga mencecah setebal beratus-ratus muka.

Itu belum lagi menaip satu huruf dipapan kekuncinya!

Seorang peguam yang cekap perlu sentiasa berhati-hati apabila menderaf kertas kausa (dokumen untuk pemfailan Mahkamah) ataupun dokumen-dokumen bagi pihak anak guam. Ini adalah untuk memastikan butir-butir yang penting didalam sesuatu Saman, sebagai contoh, telah dimasukkan. Kecuaian untuk memasukan butir-butir lengkap bukan sahaja boleh menyebabkan tuntutan anak guamnya lemah malah boleh menyebabkan tuntutan anak guamnya dibuang atau dibatalkan. Peguam sentiasa berhadapan dengan risiko disaman ataupun tindakan tatatertib Lembaga Tatatertib Peguam.

Seseorang peguam mengambil masa minimum 4 tahun untuk mendapatkan ijazah sarjana undang-undang dan tambahan Latihan Dalam Kamar (Reading in chamber) selama 9 bulan untuk melengkap diri bagi membolehkan beliau membuat keputusan dan menyediakan dokumen bagi pihak anak guam. Tidak semua orang sanggup menggalas tugas sebagai seorang peguam dan semestinya ianya tidak semudah yang anda lihat. 

  

PEGUAM KAA

Editor & Penulis

Barisan para peguam Khalek Awang & Associates mempunyai pengalaman 10 ke 15 tahun didalam mengendalikan pelbagai kes di pelbagai Mahkamah. Hubungi 019 273 4253 untuk sebarang penetapan temujanji.

6 Pertanyaan:

  1. Asallammualaikum saya nak bertanya berkenaan kes saya yang telah dianggap positif covid,Dan says giada mendapat apa2 bukti yang mengatakan saya positive covid dari mana2 syarikat di tempat saya bekerja,Dan saya Dan keluarga telah dikuarantinkan di rumah selama 5 Hari,Dan Hal ini jugak telah dihebohkan di dlm group whattsap kerja Dan ramai org di dlm group itu,di atas sebab ini saya Dan keluarga telah malu Dan hendak bertanya pendapat encik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. perlu lihat kepada kandungan kenyataan yang disebarkan.

      Padam
  2. Assalamualaikum wbt.sy dh berjaya berpisah hampir 6bln,bekas sy menuduh sy yg mengajar anak sy supaya mengatakan dia mencabul anak saya,dan bekas sy ada mencanang cerita @memburukan sy curang,tak pandai masak,xreti jaga anak dan suka membuatkannya berhutang,segalanya di ceritakan oleh mereka yg terdengar cerita senget bekas sy.aemua tu ada lah tuduhan dan sy tak tahu apa motif bekas sy ni.bolehkah sy saman malu

    BalasPadam
  3. Saya dapat lod dari peguam jiran atas tajuk dakwaan gangguan ketenteraman di bawah akta kacau ganggu

    Menyebabkan jiran tekanan emosi, takut dan terganggu. Jiran meminta saya menulis Surat maaf dan bayaran RM15000 sebagai balasan.

    Soalan saya
    Bukti apa diperlukan untuk hantar lod ini. Bolehkah di lampir Bukti rakaman suara? Berapa kos dalam RM untuk hantar lod ini?

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum..saya nk bertanye..jiran saya ni berbangsa india..dia selalu menfitnah keluarga

    BalasPadam