Rungkaikan kekusutan dan masalah perundangan anda

hubungi kami di talian hotline 019 273 4253 atau emailkan pertanyaan anda ke Pertanyaan

04 November 2020

CARA MELANTIK PEGUAM REMAN

 

lantik peguam reman

BAGAIMANA UNTUK MELANTIK PEGUAM BAGI REMAN?

1. Melantik peguam jenayah bagi reman mungkin satu persoalan remeh bagi sesetengah orang namun bagi sesetengah orang yang lain, ianya adalah satu perkara yang memeningkan sekiranya tiada panduan dan cara melantik peguam yang boleh dirujuk.

2. Apatah lagi apabila kita tidak pernah atau tidak biasa berurusan dengan peguam, ditambah dengan rasa panik, risau, tertekan dan gundah dengan keadaan yang berlaku, sudah pasti ianya menambahkan kesukaran untuk kita membuat apa-apa keputusan.

3. Disini kami sertakan cara dan bagaimana anda boleh mendapatkan perkhidmatan peguam sekiranya anda atau sanak saudara atau rakan-rakan telah ditahan reman. Ianya mungkin bukan panduan lengkap tetap kami kira iany mencukupi untuk dijadikan rujukan di dalam keadaan kita pening memikirkan keadaan yang berlaku.

4. Langkah pertama adalah anda perlu bertenang. Apa sahaja keputusan yang ingin dibuat hendaklah dibuat dengan fikiran yang wajar supaya keputusan tersebut tidak kembali memakan diri anda di masa hadapan. Bertenang.

5. Langkah kedua, sekiranya anda biasa berurusan dengan peguam ataupun mempunyai kenalan seorang peguam, hubungi beliau secepat mungkin. Jika tidak ada, google peguam atau firma guaman yang berdekatan dengan anda. Banyak firma peguam yang tersenarai di dalam applikasi google maps untuk anda rujuk.

6. Langkah ketiga, hubungi peguam yang dipilih dan maklumkan kejadian yang telah berlaku. Lazimnya peguam ingin mengetahui apakah pertuduhan yang dikenakan, bilakah individu tersebut ditahan, di balai polis mana individu tersebut ditahan, siapakah pegawai penyiasat yang terlibat dan sebagainya.

7. Tanpa perlantikan secara formal, selalunya peguam hanya akan memberi penjelasan secara asas dan tidak mendalam. Jadi Langkah keempat adalah anda perlu berbincang tentang terma-terma perlantikan terutamanya dari segi kos. 

8. Langkah keempat adalah membuat pembayaran kos secepat mungkin. Selalunya peguam akan mengenakan bayaran pendahuluan atau fi buka fail bagi membolehkan beliau menjalankan perkhidmatannya. Jangan lambat membayar fi peguam anda.

9. Langkah terakhir adalah dapatkan maklumat dan langkah-langkah seterusnya daripada peguam yang telah anda lantik.

10. Cara ini tidak tertakluk kepada peguam reman sahaja bahkan ianya boleh diaplikasi sekiranya anda sedang mencari peguam jenayah. 

PEGUAM KAA

Editor & Penulis

Barisan para peguam Khalek Awang & Associates mempunyai pengalaman 10 ke 15 tahun didalam mengendalikan pelbagai kes di pelbagai Mahkamah. Hubungi 019 273 4253 untuk sebarang penetapan temujanji.

0 Pertanyaan:

Catat Ulasan