Rungkaikan kekusutan dan masalah perundangan anda

hubungi kami di talian hotline 019 273 4253 atau emailkan pertanyaan anda ke Pertanyaan

04 November 2020

MEMAHAMI PROSES REMAN DAN MELANTIK PEGUAM REMAN

 

peguam reman

MEMAHAMI PROSES REMAN SECARA RINGKAS DAN KEPERLUAN MELANTIK PEGUAM REMAN

1. Apa itu reman? Apakah proses reman dan adakah terdapat keperluan untuk melantik peguam semasa reman? Sebelum itu kita harus faham tentang kuasa pihak polis untuk memanggil seseorang untuk hadir ke balai bagi tujuan siasatan.

2. S.111 Kanun Prosedur Jenayah memberikan kuasa kepada pihak polis untuk memanggil individu untuk hadir ke Balai Polis untuk membantu sesuatu siasatan dan merekodkan keterangan. Lazimnya panggilan tersebut dilakukan menerusi telefon.

3. Sebelum pegawai polis yang bertugas boleh mula merekodkan keterangan, beliau hendaklah memaklumkan kepada saksi tersebut bahawa individu tersebut hendaklah menjawab kesemua soalan-soalan yang ditanya dengan jujur. 

4. Selepas keterangan diberikan, pegawai polis akan membacakan semula keterangan yang diberikan. Apa sahaja pembetulan boleh dilakukan semasa proses tersebut sekira saksi tersebut mahu.

5. Ini membawa kita kepada memahami apa itu reman. Reman secara amnya bermasud penahanan sementara penyiasatan dan bicara. S.117 Kanun Prosedur Jenayah memberikan peruntukan kepada Mahkamah untuk memerintahkan seseorang itu ditahan reman bagi membolehkan pihak polis menjalankan penyiasatan.

6. S.117 menggariskan bahawa sekiranya kesalahan yang disiasat itu melibatkan hukuman pencara kurang daripada 14 tahun maka durasi reman tidak boleh melebihi 4 hari untuk permohonan reman pertama dan tidak boleh lebih daripada 3 hari untuk permohonan kedua.

7. Untuk kesalahan yang disiasat melibatkan hukuman penjara lebih daripada 14 tahu, maka durasi reman hendaklah tidak lebih daripada 7 hari untuk permohonan pertama dan tidak lebih dari 7 hari untuk permohonan kedua.

8. Disini adalah penting untuk mendapatkan perlantikan peguam reman. Kerana peguam akan menjalankan tanggung jawabnya samada untuk mendapatkan perlepasan seawal yang mungkin ataupun menghadkan masa durasi reman individu yang direman.      

PEGUAM KAA

Editor & Penulis

Barisan para peguam Khalek Awang & Associates mempunyai pengalaman 10 ke 15 tahun didalam mengendalikan pelbagai kes di pelbagai Mahkamah. Hubungi 019 273 4253 untuk sebarang penetapan temujanji.

0 Pertanyaan:

Catat Ulasan